CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

CARA MUDAH BUAT KEK BATIK MOIST, LEMBUT TANPA TELUR


Assalamualaikum...

Musim pkp ni ramai suri rumah dan ibu-ibu sedang mencari menu apa yang sesuai untuk dijadikan menu pagi dan petang masing-masing kan


Disini moktih ingin kongsikan cara mudah buat kek batik moist ,buat tanpa telur

Baik,sediakan bahan-bahan nya

BAHAN-BAHAN
CARA BUAT KEK BATIK MOIST DAN TIPS BUAT TANPA TELUR

1 paket biskut Marie
200g majerin (buttercup)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
Coklat rice

1 paket biskut Marie

200g majerin (buttercup)

1 cawan susu pekat manis

1 cawan susu cair

1 cawan milo

1 cawan serbuk koko

sedikit coklat rice

Cara membuatnya

Mula-mula masukan dan panaskan 200g majerin dalam kuali

Masukan 1 cawan susu pekat manis,jika tak nak terlalu manis boleh kurangkan

kacau sehingga majerin dan susu pekat sebati diatas api yang perlahan

Kemudian masukan 1 cawan milo 
Masukan 1 cawan serbuk koko

Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati

Masukan pula 1 cawan susu cair

kacau-kacau sehingga sebati,dah mendidih boleh tutup apinya

Sediakan loyang dialas dengan plastik

Patahkan biskut marie kemudian tuangkan sedikit adunan yang telah di masak tadi.

Kacau-kacau sebati biar biskut tu tersalut semua dengan cairan coklat tadi.

jangan tuang semua adunan tu.tinggalkan sedikit (cairan coklat) untuk kita curahkan diatas kek yang siap dipotong nanti

Taburkan sedikit coklat rice diatas permukaan kek tadi.

Hentakan loyang beberapa kali untuk padatkan adunan kek tersebut.

Kemudian boleh la disimpan didalam peti ais,selama 6 jam atau semalaman hingga kek tersebut keras.

keluarkan dari peti ais,boleh la potong mengikut cita rasa masing-masing

taa...raa....siap!!


Kemudian boleh curahkan carian coklat diatas permukaan kek batik.

Ok siap...selamat mencuba ya.moga memberi manfaat buat semua.

Terima kasih❤️❤️❤️❤️



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA