CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

KUIH PUTERI MANDI KUIH TRADISIONAL KELANTAN

Assalamualaikum...

Di resepi kali ni Moktih nak berkongsi lagi resepi masakan tradisional kelantan.
Iaitu kuih puteri mandi.

Nama yang diberi kepada kuih ni sangat unik dan menarik seakan terbayang puteri- puteri cantik yang sedang mandi...

tapi...ianya bukan puteri , tetapi hanya lah nama pada sejenis kuih yang di beri nama kuih puteri mandi



Ini lah dia kuih puteri mandi yang di maksudkan tu.

Baik jangan buang masa lagi jom ikut moktih kita intai bahan-bahan yang digunakan untuk buat kuih puteri mandi ni.

Bahan-bahan yang digunakan untuk
Buat air daun pandan

 
3 helai daun pandanr

Sedikit air

sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan adunan tepung

Sedikit air daun pandan

 
2 senduk tepung pulut


Sedikit air daun pandan


Sedikit pewarna merah dan warna hijau .

Bahagikan kepada 2 warna, merah dan hijau.

Baik kita mulakan buat adunan kuih puteri mandi ni.

Mula -mula

Satukan sedikit air daun pandan dengan tepung pulut tadi,sedikit demi sedikit.

Uli sebati sehingga menjadi doh,masa uli nak kena pandai agak airnya supaya doh tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembek.

Dah terbentuk dohnya,lebih kurang macam ni lah ya..harap faham ya...😊

Bahagikan 2 bahagian untuk warnakan doh.doh 1 lagi warnakan dengan Warna merah.


Warna merah

 Bahagikan 2 doh warna merah dan warna hijau.

Gentel kecil bulat -bulat .

Buat sehingga habis adunan macam dalam gambar tersebut.

Panaskan air dalam periuk untuk merebus doh yang telah di gentel bulat-bulat kecil tadi.

Setelah air kelihatan mendidih boleh masukan doh yang digentel tadi, pastikan tekan terlebih dahulu doh tersebut sebelum masukan doh kedalam air yang mendidih .

Macam dalam gambar ni ya.

Setelah adunan nampak terapung dipermukaan air dah boleh angkat dan toskan.

Biar seketika supaya air turun.


Kemudian bolehlah gaul-gaul sebati dengan salutan kelapa yang telah di masak.
(Bahan dan cara buat salutan kelapa ada dibawah sekali πŸ‘‡)

Alhamdulillah....siap juga akhirnya resepi kuih puteri mandi ni.


BAHAN-BAHAN

RESEPI KUIH PUTERI MANDI

bahan-bahan air daun pandan

3 helai daun pandan
sedikit air
Kisar untuk dapatkan airnya

bahan-bahan doh tepung

2 senduk tepung pulut
sedikit air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna merah

 bahan-bahan kelapa untuk (salutan)

½ kelapa parut
1 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 sudu gula
sedikit garam
2 helai simpulan daun pandan
sedikit air


Terima kasih ❤️

Ulasan

Dahlia bungaku berkata…
Wow macam menarik kuih ni
Moktih channel blog berkata…
Ya betul2 menarik.terima kasih

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA