PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH


Lempeng yang sangat lembut rupanya ada 1 bahan ni yang ditambah

Alhamdulillah...
Assalamualaikum semua,

Anda kat sini ada ke penggemar lempeng ke? 

 Lempeng sangat sedap dimakan,kalau yang betul betul lembut kan.
rasa tak cukup 1 keping makan,
tambah pula dicicah dengan kuah kari,sardin dan sambal ikan bilis.sedapnya terangkat habis.

Jadi kali ni Moktih nak kongsi dengan anda semua cara buat lempeng yang sangat lembut.

Ada 1 bahan yang moktih tambahkan membuatkan lempeng sangat lembut dan sedap.

Jom kita semak bahan bahan yang moktih gunakan.


Bahan-bahan

2 senduk nasi sejuk


4 senduk tepung gandum


sedikit garam

1 sudu gula

2 cawan air

1 biji telur

________________________________________

Baik mula-mula nasi sejuk tu moktih kisar tambahkan dengan sedikit air paras tenggelam nasi je,kemudian kisar sehingga halus.

Setelah dikisar masukan ke dalam bekas.

ini adalah petua yang dapat melembutkan lempeng tanpa guna bikarbonat hanya (guna nasi sejuk)

kemudian campurkan dengan 4 senduk tepung gandum

Pecahkan 1 biji telur

masukan 2 cawan air.
air ni juga nak kena tengok tahap kepekatan lempeng tu.

jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.


Panaskan kuali

Sapu sedikit minyak masak 

Kemudian sendukkan adunan, panaskan diatas kuali dengan api yang perlahan


Kemudian balik balikan lempeng setelah sudah garing.

Nampak tak kelembutan lempeng tu kan.

Dan angkat sedia dihidangkan bersama kuah kari ayam,daging dan sebagainya.

Sedap juga dicicah dengan sardin dan sambal ikan bilis.

Ada setengah orang yang suka manis boleh di cicah dengan susu pekat manis.
Apa apa pun sesuai selera anda la ya.


BAHAN-BAHAN
(kari ayam ringkas)
1 mangkuk ayam potong dadu
2 sudu serbuk kari 
1 sudu serbuk cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam keping
1 batang serai
sedikit garam dan perasa
cili merah
1 biji tomato

(bahan lempeng )
4 senduk tepung gandum
2 senduk nasi putih
1 biji telur
sedikit garam
2 cawan air

Alhamdulillah Sampai disini dulu perkongsian moktih buat kali ni,berjumpa lagi di blog moktih yang akan datang insya Allah.

Sekian terima Kasih ❤️

Ulasan

Dahlia bungaku berkata…
Terima kasih moktih resepi lempeng yg lembut dan sedap

Catatan popular daripada blog ini

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA