PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.
Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit,
mana tahu ada yang tengah berdiet kan,
boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni.
PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON
Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu...
Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu.
Petua :
basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong.
Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit.
Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya.
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
2 biji telur
1 biji lada besar hijau @ merah
3 biji cili padi
Sedikit lobak merah
Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suka.
Sedikit lemon untuk perahan dan hiasan
Itu la semua bahan yang moktih perlukan buat peria kukus berlauk bersama lemon ni ,senang bukan.
Baik kita potong dan mayang bawang pula ya.
potong dan mayang halus bahan tersebut
Tumbuk ikan bilis, sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah di mayang tadi,
tinggalkan sedikit bawang yang selebihnya
Masukan sedikit minyak zaitun.sebab nak masak menu sihat moktih guna minyak zaitun la kan,
tapi kalau dah tak ada minyak zaitun, masak biasa pun boleh da...
Mula-mula tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing dan naik bau.
dan masukan pula lebihan bawang ,lobak merah,cili,lada besar hijau yang telah di mayang dan dipotong halus tadi.
Pecahkan 2 biji telur, kacau-kacau sehingga telur tu berketul tercampur rata
Kemudian campurkan dengan sedikit serbuk lada hitam garam dan perasa
Dah siap untuk lauknya senang bukan?
😊👍
Pastu masukan didalam perut peria yang telah di kukus tadi.
Perahkan sedikit lemon diatasnya
Dan hiasan kan potongan lemon mengikut citarasa anda
Taa raa.....
Dah siap peria kukus berlauk bersama lemon
BAHAN BAHAN PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON
2 biji peria katak
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
2 biji telur
Sedikit lobak merah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit perasa jika suka
Sedikit perahan lemon
Sekian terima kasih ❤️
Ulasan