CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

RESEPI SAMBAL PARU,BARU KETAHUAN MACAM NI CARA MASAKNYA...



Assalamualaikum.... 
Sebut saja sambal paru pasti ada yang suka dan ada yang tak suka makan nya.

Baik kepada yang suka makan sambal paru ni di sini moktih ada sediakan resepinya.
resepi nya cukup mudah dan senang sangat nak sediakan nya.

Jom mari kita mulai
Sediakan ....

BAHAN-BAHAN

½ kg paru lembu
1 biji bawang besar*
1 biji bawang lagi di potong nipis
1 batang serai*
3 ulas bawang putih*
2 senduk cili kering kisar*
sedikit air asam jawa
sedikit belacan*
sedikit garam
sedikit gula
sedikit perasa

½ kg paru lembu
1 biji bawang besar

1 batang serai

3 ulas bawang putih
2 senduk cili kering kisar
sedikit air asam jawa

sedikit belacan

sedikit garam,gula dan perasa.

Mula-mula bersihkan paru potong besar  dan rebus sehingga empuk @ lembut,senang digigit la cerita hehe....

 Apabila dah empuk sejukan.kemudian potong nipis-nipis.

Panaskan minyak goreng paru sehingga garing,kemudian toskan.

Baik ketepikan dulu paru yang telah digoreng tadi,kita fokus pada buat sambal pula.

Kisar ke semua bahan yang bertanda * diatas sehingga halus.

Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing dan keluar minyak.

Masak diatas api yang perlahan ya.

Campurkan lagi sedikit air, garam, air asam jawa dan perasa jika suka.

masak lagi sehingga garing.biar sambal betul² garing dan betul² masak..baru mantap rasa sambalnya.

Kemudian masukkan paru yang telah di goreng tadi.

Kacau - kacau sekejap sehingga tersalut semua sambal pada paru tadi,boleh tutupkan api, siap....deh..πŸ˜„

Alhamdulillah selesai masak sambal paru by moktih,mudah dan senang bukan,dan yang penting sedap...πŸ‘πŸ‘


 Selamat mencuba ya moga bermanfaat
Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen ya .

 InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.

Terima kasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



Ulasan

Dahlia bungaku berkata…
Kenapa link apabila tekan tak keluar video pun

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA