CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

TAUHU TELUR MASAK MACAM NI SEDAP SANGAT TAU, TIPS MASAK TAUHU TELUR TIDAK HANCUR

TAUHU TELUR MASAK MACAM NI SEDAP SANGAT TAU, TIPS MASAK TAUHU TELUR SUPAYA TIDAK HANCUR 




Assalamualaikum....

Bersua lagi bersama moktih ya,kali ni Moktih nak kongsi resepi dan tips cara masak tauhu telur tidak mudah hancur.

Umum mengetahui kan sifat tauhu telur ni sangat lembut dan mudah hancur.

Disini moktih nak kasi petua dan cara masak tauhu telur tidak mudah hancur dan sangat sedap

Jom kita semak bahan-bahannya

BAHAN-BAHAN A
3 batang tauhu telur
Sedikit tepung jagung (3 sudu )

BAHAN-BAHAN B
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 biji cili merah besar
Sedikit lobak merah
Sedikit bunga kubis 
Sedikit brokoli
Sedikit lada sulah
1 ketul kiub ayam
Sedikit bancuhan air tepung jagung
Sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan a
3 batang tauhu telur
sedikit tepung jagung angaran 3 sudu besar
_________________________________________
Bahan b
3 ulas bawang putih


6 biji cili padi

1 biji cili merah besar


sedikit lobak merah


sedikit bunga kubis


sedikit brokoli


sedikit lada putih @ sulah


1 ketul kiub ayam


sedikir bancuhan air tepung jagung (untuk memekatkan kuah)


baik kita buat bahan A dulu ya

Tips tauhu telur masa di goreng tidak mudah hancur

Mula mula potong tauhu telur kepada 2 bahagian.

Picit plastik dari bahagian atas untuk keluarkan tauhu telur.

lumur tauhu tadi dengan sedikit tepung jagung sehingga tersalut

Kemudian terus di goreng sehingga garing kekuningan.

Kemudian toskan.

Baik selesai goreng kita fokus pula buat untuk bahan b.


Baik kita buat bahan b pula

Mula mula tuang sedikit minyak,tumiskan bawang putih dan cili padi yang telah di ketuk.

Tumis sehingga naik bau.

Masukan bahan sayur seperti lobak merah,bunga kubis,brokoli dan lada merah besar yang telah di potong.

Kacau kacau sebati ya,jangan goreng terlalu lama nanti kurang zat sayur tu.

Kemudian bancuhkan 3 @ 4 sudu tepung jagung dengan 1 mangkuk air.
Masukan kan kedalam sayur tadi,kemudian tambahkan 1 mangkuk air lagi.

Jangan lupa masukan serbuk lada sulah dan 1 ketul kiub ayam.

Jangan masukan garam dan perasa lagi  ya,1 ketul kiub ayam tu dah cukup rasa dah.

Kacau- kacau sekejap boleh tutup api.

siap.....

Maka terjadi lah hasilnya
Tauhu telur masak macam ni sedap sangat tau dan tips tauhu tidak hancur.

Selamat mencubaπŸ₯°

Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen dibawah ya.

InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.

Terima kasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA