CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

BIJI DURIAN JANGAN DIBUANG JADIKAN IA KEREPEK YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum.....

Semua tahu sekarang ni musim durian kan, bermacam-macam jenis durian yang ada,yang mahal atau pun yang murah.
Tak kisah lah kan,kepada penggemar sudah pasti sanggup mengeluarkan duit membelinya tak kira mahal sekali pun.

Kalau dah lepas makan durian tu,bijinya jangan terus dibuang tau,

Dari biji durian sebenarnya dapat menghasilkan kerepek biji durian yang rangup dan sedap

Kalau anda semua nak tahu macamana moktih hasilkan kerepek biji durian ni, meh sini moktih tunjuk cara.

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak susah

Bahan-bahan
Biji durian

Tepung serbaguna Bistari (pedas)

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat nya

Bersihkan sebersih-bersihnya biji durian. 

kemudian rebus terlebih dahulu biji durian.

Ini adalah tips untuk mengurangkan lendir pada biji durian dan senang untuk kita mengupas kulit pada biji durian.

Kupas biji durian satu persatu sehingga bersih dari kulitnya.

Sagat kesemua biji durian nipis-nipis

Campurkan tepung 2 senduk serbaguna Bistari perasa pedas.ingat jangan campur air ya.

atau nak perasa lain pun boleh je sesuai selera anda ya,tepung serbaguna Bistari ada 3 perasa,
pedas,
bawang putih 
original.

Kacau kacau tepung sebati sehingga rata.tersalut pada biji durian tu

Diamkan sekejap dalam 20 minit.

Panaskan minyak dalam kuali,pastikan minyak banyak.

Boleh dan sedia digoreng.

Kena selalu kacau ya supaya kerepek kita rangup sekata dan tidak hangus.

Dah garing boleh toskan.
Taa...raa... Dah siap kerepek biji durian by moktih


Sejukan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya

Moga perkongsian ni memberi ilham kepada anda semua,

Terima kasih 😊
❤️❤️❤️❤️❤️

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA