CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

PETUA KELUARKAN SISIK KERAS IKAN CENCARU DENGAN MUDAH ibu ibu di dapur mesti ambil tahu...

Assalamualaikum....semua...
Anda semua apa khabar? moktih harap anda semua dalam keadaan yang baik ya.

tips mudah keluarkan sisik cengkerang ikan cencaru 

Ada tak diantara kita ibu ibu rumah tangga kat sini ada kesukaran untuk keluarkan sisik keras ikan cencaru bila nak masak ikan cencaru.

Tambah pula ikan cencaru yg besar,sudah pasti sisik cengkerangnya susah untuk dikeluarkan bukan.

Baik di sini moktih akan kongsikan macam mana moktih keluarkan sisik cengkerang yang keras tu dengan senang dan mudah sekali.

Jom moktih tunjuk cara....

Mula mula panaskan pengukus,dan kukus ikan cencaru besar tu dalam pengukus selama 3 minit,

jangan terlalu lama mengukusnya ya,nti kang masak pula ikan tu

Kukus sekejap je ni tujuan untuk senang kita keluarkan sisik cengkerang yang keras tu.


Setelah sejuk keluarkan ikan dari pengukus.


Kemudian cungkil dan keluarkan sisik cengkerang dengan menggunakan pisau.

pasti mudah untuk keluarkannya.


Setelah itu potong dan bersihkan ikan cencaru mengikut citarasa anda.


Masaklah masakan kegemaran anda,seperti kari , asam pedas,
goreng dan sebagainya.

Moga perkongsian moktih kali ini dapat memberi ilham dan bermanfaat buat semua.


Selamat mencuba ya moga bermanfaat ya

Sekian terima kasih ❤️



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA