CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

OOO..MACAM NI CARA BUAT BURGER MALAYSIA..SENANG JE PUN...


BURGER MALAYSIA

Alhamdulillah...
Kali ni Moktih di beri kesempatan dan ingin share cara buat burger Malaysia yang sangat lazat ni.

moktih pun salah seorang penggemar burger Malaysia ni tau..hehe...

Tak tahu la kenapa di panggil nama burger malaysia kan..mungkin sebab dalamnya diletakkan sedikit sambal ikan bilis dan hirisan timun Kut?πŸ€”tak kisah la apa² pun kan...

Jangan buang masa jom la kita sama-sama intai macam mana moktih sediakan bahan bahan dan cara sediakan burger Malaysia ni...jom...

Mula mula sediakan 

Dua cawan tepung beras

1 sudu kecil yis

Sedikit garam

1 biji telur

2 sudu susu pekat manis

2 sudu marjerin

500 ml air suam

Kesemuanya bahan tadi kita satukan dalam bekas.

Gaulkan sebati dulu bahan tersebut kecuali air suam.

Air suam perlu dimasukkan sedikit demi sedikit ya,sambil digaul gaulkan sehingga sebati menjadi doh.


Untuk doh yang cantik seeloknya diuli lama sedikit,dan setelah itu diamkan selama 1 atau 2 jam sehinggalah doh naik mengembang.


Setelah doh mengembang tumbukkan atau uli balik doh tersebut sekejap.

Setelah itu boleh bentuk bulat bulat mengikut citarasa anda semua.


Setelah dibulatkan leperkan sedikit bentuknya.

Tips untuk doh tidak melekat ditangan oleskan dengan sedikit minyak masak,majerin atau tepung gandum.
Boleh je guna salah satu diantara berikut.


Dah bentukkan kesemuanya diamkan sekejap sehingga sedikit kembang.


Pastu boleh lah panaskan minyak sedia untuk digoreng

Tips nak gorengan yang cantik pastikan api nak kena slow ya.barulah cantik dan dalamnya betul betul masak.


Setelah kekuningan balikan.jangan balik balikan banyak kali,cukup sekali saja.


Sedia boleh diangkat,sejukan.


Potong buger Malaysia ni separuh saja dengan gunting,jangan sampai putus pula ya.


Setelah itu masukkan sambal ikan bilis.
Dan hirisan timun.


Taa...siap...boleh dihidangkan...


Bahan bahan untuk catitan

BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil yis
sedikit garam
500 nk air suam

bahan inti
sedikit sambal ikan bilis
sedikit timun


SEKIAN TERIMA KASIH 
SELAMAT MENCUBA YA ❤️


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA