CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

RESEPI IBU SAMBAL @ PES SAMBAL SERBAGUNA MENJIMATKAN MASA IBU² DIDAPUR


IBU SAMBAL @ PES SAMBAL SERBAGUNA

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...
dapat juga moktih siapkan RESEPI IBU SAMBAL atas permintaan seseorang ni.

ibu sambal atau pes sambal pelbagai guna,sesuai untuk πŸ‘‡

sambal nasi lemak,
bihun goreng,
sambal udang,
sotong, 
kerang 

dan lain² lagi,serta banyak lagi dapat dihasil setiap resepi dengan adanya ibu sambal ni.

mudah bukan?

jadi dengan adanya ibu sambal ni memudahkan kerja ibu² didapur.selamat mencubaπŸ‘❤️.

Jom sama² kita simak cara dan masaknya

10 sudu cili kering kisar

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 mangkuk ikan bilis

Satukan kesemua bahan seperti bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan sedikit air kemudian kisar halus.

Bahan untuk diketuk dan dimayang @ dipotong

3 biji bawang merah kecil dimayang

dan 1 batang serai diketuk

Bahan seterusnya...

Sedikit minyak untuk menumis

Sedikit gula Melaka 

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap manis @ lemak 

 1 ketul kiub ikan bilis


 Sedikit air dan sedikit asam jawa

Mula² kisar cili kering
Kisar bahan² seperti 3 biji bawang besar,3 ulas bawang putih,1 mangkuk ikan bilis dan campurkan sedikit air.

Panaskan minyak tumiskan dulu bawang merah kecil yang telah dimayang tadi.

kemudian masukan serai yang telah diketuk. 

Tumis sehingga naik bau tak perlu garing sangat.

Kemudian baru masukkan bahan kisar tadi

Aduk rata sehingga naik bau.

Kemudian masukan 10 sudu cili kering kisar.

kemudian kacau² @ aduk² rata sehingga garing dan terbit minyak.

Masuk kicap manis,sos tiram,dan kiub ikan bilis,

*garam dan perasa tak perlu masuk lagi ya.1 ketul kiub ikan bilis dah ada rasa semuanya.

Masa tumis sambal ni api nak kena perlahan, dan tumis lama sehingga betul² garing.

Kemudian masukan sedikit air,dan sedikit air asam jawa.

*kalau tak ada asam jawa boleh juga masukan 1 keping asam keping.

Renekkan lagi sekejap pastu boleh tutup api...

Sejukan pastu boleh simpan dalam peti ais.

bila² nak guna keluarkan..

IBU SAMBAL @PES SAMBAL SERBAGUNA dah siap..

Senang sedap dan mudah bukan?

 kalau nak masak apa² senang, ibu sambal @ pes sambal serbaguna kan ada...tak gitu...πŸ˜ŠπŸ‘

BAHAN-BAHAN

3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis
10 sudu cili kering kisar

3 biji bawang merah kecil (dimayang)
1 batang serai (diketuk)

Sedikit minyak (menumis)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 ketul kiub ikan bilis
Sedikit air
Sedikit asam jawa

Terima kasih ❤️❤️

Moga bermanfaat untuk semua











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA