IKAN BILIS GORENG BERLADA CILI PADI
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
IKAN BILIS GORENG BERLADO CILI PADI
Hai semua ....kali ni Moktih nak kongsi resepi yang cukup ringkas ikan bilis goreng berlada..
Assalamualaikum ... Alhamdulillah ini adalah blog pertama daripada moktih channel blog
bertarikh 22 Mei 2021 (Sabtu)
sebelum ni Moktih selalu pos video masakan dan resepi-resepi moktih di saluran YouTube,tapi kali ni Moktih dah mula belajar buat blog,
jadi moktih dah ada blog tau,πjadi moktih nak share segala resepi ,masakan dan petua melalui blog moktih ni.
kali ni Moktih nak kongsi 1 resepi yang cukup mudah dan sedap sangat.kalau yang tak selera makan dan tak tahu nak masak apa boleh buat resepi ni ya..sedap sangat- sangat tau.
2 pinggan moktih menambah makan tau jgn tak percaya...hehe...macam mana la moktih nk slim.perasaan la pulak...hehe..ππ
(IKAN BILIS GORENG BERLADO CILI PADI)
bahan-bahan
segengam ikan bilis
segengam bilis tamban
segenggam cili padi hijau merah
1 biji bawang merah besar
1 biji bawang Holland
sedikit perasa
sedikit garam
sedikit gula
sedikit asam jawa (jika suka)
sila tonton di video untuk mengetahui cara masaknya terima kasih π₯°
atau anda boleh
#moktihchannel disaluran YouTube
Klik dibawahπ
https://youtu.be/8BO0dQeG_AI
*1 ulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
Kisar kesemua bahan bertanda *
bawang Holland dipotong nipis²ikan bilis dan bilis tamban digoreng terlebih dahuluSelepas dikisar bahan kisar tumis hingga kering ,boleh masukan ikan bilis yang digoreng, bawang Holland,garam perasa,gula dan sedikit asam jawa (jika suka)
taa..daa...dah siap..selamat mencuba π₯° ya
Moga dengan perkongsian moktih ini dapat memberi ilham dan bermanfaat untuk anda semua.
Selamat mencuba ya moga bermanfaat
Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen ya .
InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.
Terimakasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan