Assalamualaikum....
Sebut saja sambal paru pasti ada yang suka dan ada yang tak suka makan nya.
Baik kepada yang suka makan sambal paru ni di sini moktih ada sediakan resepinya.
resepi nya cukup mudah dan senang sangat nak sediakan nya.
Jom mari kita mulai
Sediakan ....
BAHAN-BAHAN
½ kg paru lembu
1 biji bawang besar*
1 biji bawang lagi di potong nipis
1 batang serai*
3 ulas bawang putih*
2 senduk cili kering kisar*
sedikit air asam jawa
sedikit belacan*
sedikit garam
sedikit gula
sedikit perasa
½ kg paru lembu
1 biji bawang besar
2 senduk cili kering kisar
sedikit garam,gula dan perasa.
Mula-mula bersihkan paru potong besar dan rebus sehingga empuk @ lembut,senang digigit la cerita hehe....
Apabila dah empuk sejukan.kemudian potong nipis-nipis.
Panaskan minyak goreng paru sehingga garing,kemudian toskan.
Baik ketepikan dulu paru yang telah digoreng tadi,kita fokus pada buat sambal pula.
Kisar ke semua bahan yang bertanda * diatas sehingga halus.
Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing dan keluar minyak.
Masak diatas api yang perlahan ya.
Campurkan lagi sedikit air, garam, air asam jawa dan perasa jika suka.
masak lagi sehingga garing.biar sambal betul² garing dan betul² masak..baru mantap rasa sambalnya.
Kemudian masukkan paru yang telah di goreng tadi.
Kacau - kacau sekejap sehingga tersalut semua sambal pada paru tadi,boleh tutupkan api, siap....deh..π
Alhamdulillah selesai masak sambal paru by moktih,mudah dan senang bukan,dan yang penting sedap...ππ
Selamat mencuba ya moga bermanfaat
Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen ya .
InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.
Terima kasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Ulasan