PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

Assalamualaikum....
Sekarang ni dah mula musim buah-buahan kan,

kalau lalu kat tepi jalan tu selalu ternampak akak dan abang yang jual buah buahan,termasuklah buah kesukaan ramai ni kan,iaitu buah cempedak



Cempedak goreng rangup

Ha..kau orang nak resepi cempedak goreng yang rangup tak?
Meh disini moktih tunjuk cara dan resepinya.
Resepinya cukup mudah dan sedap sangat


PETUA GORENG CEMPEDAK YANG RANGUP DAN SEDAP

bahan-bahan
2 senduk tepung beras
1 sudu air kapur
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Senang bukan bahan-bahan nya
Jom kita semak cara masaknya



1 biji cempedak dibelah keluarkan isi ulasnya


Bancuhan tepung masukan 2 senduk tepung beras ke dalam bekas


masukan 1 sudu air kapur


masukan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam


pecahkan 1 biji telur



Kemudian masukan sedikit air demi sedikit,dan kacau sehingga sebati adunan tepung tersebut
kacau kacau  sehingga adunan sebati

Panaskan minyak

Celupan cempedak dalam adunan tepung sehingga tersalut kesemua

Masukan satu per satu dalam minyak yang panas

balik balikan goreng cempedak tu

Dah nampak garing kekuningan boleh tutup api dan toskan

Sedia dihidangkan..mudahkan bukan?

Maka terjadilah cempedak goreng yang rangup.

Selamat mencuba moga perkongsian moktih kali ni bermanfaat untuk semua pembaca blog moktih...


Terima kasih ❤️










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA