Assalamualaikum...
Di resepi kali ni Moktih nak berkongsi lagi resepi masakan tradisional kelantan.
Iaitu kuih puteri mandi.
Nama yang diberi kepada kuih ni sangat unik dan menarik seakan terbayang puteri- puteri cantik yang sedang mandi...
tapi...ianya bukan puteri , tetapi hanya lah nama pada sejenis kuih yang di beri nama kuih puteri mandi
Ini lah dia
kuih puteri mandi yang di maksudkan tu.
Baik jangan buang masa lagi jom ikut moktih kita intai bahan-bahan yang digunakan untuk buat kuih puteri mandi ni.
Bahan-bahan yang digunakan untuk
Buat air daun pandan
3 helai daun pandanr
Sedikit air
sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan adunan tepung
Sedikit air daun pandan
2 senduk tepung pulut
Sedikit air daun pandan
Sedikit pewarna merah dan warna hijau .
Bahagikan kepada 2 warna, merah dan hijau.
Baik kita mulakan buat adunan kuih puteri mandi ni.
Mula -mula
Satukan sedikit air daun pandan dengan tepung pulut tadi,sedikit demi sedikit.
Uli sebati sehingga menjadi doh,masa uli nak kena pandai agak airnya supaya doh tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembek.
Dah terbentuk dohnya,lebih kurang macam ni lah ya..harap faham ya...π
Bahagikan 2 bahagian untuk warnakan doh.doh 1 lagi warnakan dengan Warna merah.
Warna merah
Bahagikan 2 doh warna merah dan warna hijau.
Gentel kecil bulat -bulat .
Buat sehingga habis adunan macam dalam gambar tersebut.
Panaskan air dalam periuk untuk merebus doh yang telah di gentel bulat-bulat kecil tadi.
Setelah air kelihatan mendidih boleh masukan doh yang digentel tadi, pastikan tekan terlebih dahulu doh tersebut sebelum masukan doh kedalam air yang mendidih .
Macam dalam gambar ni ya.
Setelah adunan nampak terapung dipermukaan air dah boleh angkat dan toskan.
Biar seketika supaya air turun.
Kemudian bolehlah gaul-gaul sebati dengan salutan kelapa yang telah di masak.
(Bahan dan cara buat salutan kelapa ada dibawah sekali π)
Alhamdulillah....siap juga akhirnya resepi kuih puteri mandi ni.
BAHAN-BAHAN
RESEPI KUIH PUTERI MANDI
bahan-bahan air daun pandan
3 helai daun pandan
sedikit air
Kisar untuk dapatkan airnya
bahan-bahan doh tepung
2 senduk tepung pulut
sedikit air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna merah
bahan-bahan kelapa untuk (salutan)
½ kelapa parut
1 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 sudu gula
sedikit garam
2 helai simpulan daun pandan
sedikit air
Terima kasih ❤️
Ulasan