PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

RESEPI AYAM GORENG MAMAK YANG SANGAT SEDAP


Assalamualaikum...
bersua lagi bersama moktih ya,diresapi kali ini moktih akan kongsikan resepi kegemaran ramai,

Iaitu RESEPI AYAM GORENG MAMAK yang membuat kita makan tak cukup seketul hehe....tak gitu..
AYAM GORENG MAMAK

Cara buat dan sediakan ayam goreng mamak ni tak susah pun,
Cuma perlu kesabaran dan kerajinan duduk dapur je,hehe...

kalau dah rajin tu moktih akan tunjuk cara-cara buatnya dan bahan-bahan nya

RESEPI DAN PETUA AYAM GORENG MAMAK YANG SANGAT SEDAP

Bahan-bahan
6@8 ketul ayam
5 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk kunyit
beberapa helai daun kari
Sedikit pewarna merah
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit perasa
Minyak untuk menggoreng

Baik mula-mula moktih tunjuk cara buat dan sediakan bahan-bahan

Sediakan 6-8 ketul ayam


4 ulas bawang putih ditumbuk terlebih dahulu


Beberapa helai daun kari dilurut kan masukan dalam ayam


1 inci halia ditumbuk bersama bawang putih tadi

1 sudu serbuk kari


1 sudu serbuk cili


1 sudu serbuk kunyit


Sedikit Aji no jika suka 


Sedikit lada sulah @ lada putih


1 biji telur


5 sudu tepung jagung

2 sudu tepung beras

Sedikit pewarna merah @ kuning pun boleh

sedikit air

Masukan bahan rempah ini dalam bekas

kemudian campurkan bahan tumbuk seperti bawang putih dan halia,serta bahan rempah yang moktih nyatakan tadi
kacau-kacau sebati dan perap selama 1 jam

Tujuan perapan adalah untuk rasa isi ayam tu lebih sedap.


Panaskan minyak 

Dah boleh masukan ayam satu persatu

goreng sehingga garing


dah betul-betul garing boleh la angkat toskan

Taa...raa....
Sedia untuk dihidangkan...

Mudah dan senang bukan yang penting rajin masuk dapur...hehe...


Terima kasih ❤️

Ulasan

Unknown berkata…
Terima kasih bnyk2 ats prkongsian resepi.
Dah try.. Sedapp sngt2..

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT

RESEPI IBU SAMBAL @ PES SAMBAL SERBAGUNA MENJIMATKAN MASA IBU² DIDAPUR