PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK TERANGKAT HABIS

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi bersama moktih,di resepi kali ni Moktih nak share resepi SAMBAL TEMPOYAK TERANGKAT HABIS .


Ha... macam mana terangkat habis tu?
hehe...terlajak sedap la klu dimakan 
dengan ulaman,
 
seperti petai,pepaga,timun,jering dan sebagainya lah.

Baik disini moktih ada sediakan bahan-bahan yang ringkas ni.jom catit atau screen short je...

Bahan-bahan
2 @ 5 biji isi durian
Sedikit garam
Sedikit gula
15 tangkai cili padi merah

Ha...senang bukan bahan-bahan yang digunakan untuk buat sambal tempoyak ni.
Beberapa ulas isi biji durian


15 tangkai cili padi

Sedikit gula

Sedikit garam kasar


Jom moktih tunjuk pula cara proses buatnya

Pertama sekali nak kena ada durian
Ambil la dalam 2 @ 5 ulas biji isi durian

Kemudian kupas isi durian dari biji nya.kita nak isi je bkn bijinya tau hehe ...


Campurkan sedikit garam dan sedikit gula,dah siap tempoyak ya...

Boleh peram selama 1 hari,baru boleh masuk dlm peti ais,(ni kalau nak buat tempoyak saja)

oppsss....jangan lupa cili padinya ditumbuk dulu,kan nak buat sambal tempoyak,bukan tempoyak saja.hehe...


15 tangkai cili padi

Tumbuk cili padi sehingga hancur

Dan masukan cili padi yang telah ditumbuk tadi ke dalam tempoyak tadi.

Kemudian kacau-kacau sebati ,boleh isi dalam bekas dan tutup.

Jeng jeng jeng dah siap sambal tempoyak by moktih ni...mudah bukan.

Boleh disimpan dalam peti ais.
Alhamdulillah selesai juga akhirnya buat sambal tempoyak...

Selamat mencuba ,moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda Semua.


Terima kasih ❤️

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT

RESEPI IBU SAMBAL @ PES SAMBAL SERBAGUNA MENJIMATKAN MASA IBU² DIDAPUR