PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

PUDING KASTARD JAGUNG MUDAHNYA HANYA GUNA SUKATAN TIN JE


PUDING KASTARD JAGUNG MUDAHNYA HANYA GUNA SUKATAN TIN JE

Assalamualaikum...
Ada yang suka tak puding kastard jagung ni? moktih percaya tentu ramai yang sukakan nya bukan,termasuk lah moktih sendiri..hehe ...



Puding kastard jagung ni memang sedap sangat ,rasanya lemak manis manis jagung dan begitu lembut,sedap sangat dinikmati...

Jom sama sama kita buat puding kastard jagung ni,tak susah pun mudah je,hanya guna sukatan tin je.

Jom kita mula...
Baik mula-mula sediakan bahan-bahan nya


1 tin jagung manis berkrim


½ cawan susu pekat manis



1 tin tepung kastard 


2½ cawan tin air


Sedikit garam

Mula mula buka tin jagung manis berkrim masukan dalam bekas

Masukan ½ tin susu pekat manis.

Kemudian masukan air 2½ tin.air sukat guna tin yang sama ya.

Masukan 1 tin tepung kastard.juga guna tin yang sama.sambil kacau² sebati.

Dan akhir sekali masukan sedikit garam.sambil kacau-kacau sebati


Baru lah panaskan kuali.kacau² perlahan sehingga pekat likat


Ingat guna api yang perlahan je tau.jangan berhenti kacau sehingga adunan jadi pekat likat.

Setelah adunan dah keluar gelembung kacau lagi sekejap baru tutup api.


Kemudian masukan dalam loyang.

Tips adunan senang dikeluarkan dari loyang ,renjiskan sedikit air pada loyang sebelum memasukkan adunan.

Setelah sejuk boleh potong mengikut citarasa dan hidangkan.


Jeng jeng...dah siap....sedap.....



bahan bahan puding kastard jagung

1 tin jagung manis berkrim
1 tin tepung kastard
½ tin susu pekat manis
2½ tin air
sedikit garam

Terima kasih ❤️❤️

moga bermanfaat ya 🥰


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA