PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

LEPAT PISANG KUIH TURUN TEMURUN YANG DIGEMARI RAMAI SAMPAI SEKARANG


LEPAT PISANG

Assalamualaikum...

Sebut saja lepat pisang pasti ramai yang sukakan nya bukan.

Kuih tradisional ni digemari ramai sampai sekarang.

Cara buat dan cara sediakan nya pun tak susah pun.

Senang sangat yang penting ada bahan asas dia iaitu pisang dan kelapa parut.

Baik jom kita sama-sama simak bahan dan cara buatnya

Sediakan bahan-bahan seperti,


6 biji pisang 40 hari @ lemak manis


Sedikit kelapa parut


Sedikit garam


1 cawan tepung gandum


3 sudu gula


Mula-mula pisang 🍌 tu di siat kulitnya,
dan dilenyekkan.

Nota:untuk pisang apa² pisang pun boleh digunakan dalam buat lepat pisang ni.

Setelah dilenyek kan 
masukan sedikit garam.

diikuti pula gula dan
tepung gandum.

dan akhir sekali sedikit kelapa parut.


Aduk aduk rata sehingga semua tercampur sebati rata.

Setelah itu ambil daun pisang layurkan 
dan lap dengan kain atau tisu untuk hilangkan segala kotoran pada daun pisang tu sebelum digunakan.


Masukan 1 sudu adunan dalam daun pisang tadi.


Kemudian bungkus lipat kiri dan kanan daun pisang tu.


Panaskan pengukus,susun dalam pengukus.kukus sehingga 15 @ 20 minit.


Dah masak sejukkan boleh dihidangkan.


taaa...raaa...  Siap untuk dinikmati...
boleh dinikmati untuk sarapan pagi dan minum petang

BAHAN BAHAN LEPAT PISANG
6 biji pisang 60 hari
Sedikit kelapa parut
Sedikit garam
3 sudu gula
1 cawan tepung gandum

Selamat mencuba moga bermanfaat
terima kasih ❤️❤️




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT

CARA BUAT DONAT RED VELVET VIRAL / BIAR SEMUA JELAS FAHAM DAN PASTI BERHASIL BUATNYA