PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah...kali ni Moktih nak share resepi sihat sikit, mana tahu ada yang tengah berdiet kan, boleh cuba resepi peria kukus ni,sedap sangat dan tak ada rasa pahit kalau masak macam ni. PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON Masak macam ni yang tak suka peria jadi suka dan jatuh cinta gitu... Disini juga moktih nak kongsi macam mana petua nak hilangkan pahit peria tu. Petua :  basuh terlebih dahulu peria sebelum dipotong. Selepas dipotong 2 dan keluarkan biji boleh terus dikukus,tak perlu basuh lagi ya.cara ini menjadikan peria tidak pahit. Baik mula-mula macam biasa ,setelah peria dibersihkan,dikukus ketepikan dulu ya, kita fokos pada buat bahan bahannya. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit ikan bilis 2 biji telur 1 biji lada besar hijau @ merah 3 biji cili padi Sedikit lobak merah Sedikit serbuk lada hitam,garam dan perasa jika suk...

KUIH TRADISIONAL KELANTAN LOMPAT TIKAM MEMANG DIGEMARI RAMAI


KUIH LOMPAT TIKAM

Assalamualaikum....apa khabar anda semua?

dengar akan nama pun sungguh unik bukan?itulah kuih tradisional Kelantan yang tidak asing lagi bagi rakyat Kelantan

Kuih lompat tikam ni selalu ada pada bulan Ramadhan,rasanya sungguh enak .rasanya lemak manis dan sedap.
Disini moktih akan share bagaimana cara buat resepi ini.


bahan bahan
(Bahan warna hijau)
1 cawan air daun pandan
1 cawan tepung beras 
Sedikit air kapur makan



(Bahan pulut merah)
1 cawan beras pulut
Sedikit pewarna sirap ros
Sedikit garam
Sedikit santan paras (tenggelam pulut)



(Bahan putih)
3 cawan santan
2 sudu tepung beras
sedikit garam



(Bahan manisan)
Sedikit air
2 helai daun pandan
1 ketul gula Melaka
Sedikit gula merah




Sedia untuk dihidangkan


Terima kasih selamat mencuba❤️❤️


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

CARA BUAT KARIPAP GULUNG SERUNDING IKAN SEDAP SANGAT

PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS ACUAN TIDAK MELEKAT