CARA BUAT KUIH BOM BIJAN, TIPS SUPAYA TIDAK MELETUP DAN TIDAK LIAT
Alhamdulillah kali ni Moktih nak kongsi kuih yang sedap dan sesuai sangat untuk sarapan pagi dan minum petang
Iaitu kuih bom bijan
Baik di sini moktih sediakan bahan yang diperlukan untuk buat
BAHAN-BAHAN INTI (A)
1 cawan gula merah
1 ketul melaka
1 sudu gula
sedikit garam
2 helai simpulan daun pandan
sedikit air
BAHAN-BAHAN KULIT BOM BIJAN (B)
2 biji kentang
1½ cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
lebih kurang 1 cawan air
1 paket bijan
sedikit air
inti kelapa
mula mula kita buat intinya dulu
½
biji kelapa parut ambil yang putih saja
1 ketul gula melaka di hancurkan terlebih dahulu ni.
Mula-mula masukkan kesemua bahan-bahan diatas dan campurkan dengan sedikit air.
Masak sehingga gula melaka dan gula merah cair.
Kemudian masukan sedikit garam
Dan akhir sekali masukkan kelapa parut.
Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga kering,tutup api boleh sejukan
Siap...
Baik kita buat pula kulit kuih Boom bijan pula ya..
Bahan-bahan nya
2 biji kentang
Mula mula kentang direbus dan dilenyek kan.
satukan tepung pulut dan semua bahan diatas gaul sebati sehingga terbentuk doh.
Bulatkan adunan masukan inti dan tutup sehingga inti tidak kelihatan kemudian
Bulat-bulatkan.
Celup kan dalam sedikit air dan gelekan dalam bijan
Tips 1 celup dalam air tujuan bijan melekat kuat
Lepas tu simpan 30 minit dalam peti ais baru keluarkan dan boleh goreng.
Ingat ya goreng dengan api perlahan saja.
Tips 2 masuk peti ais supaya masa goreng ia tidak meletup
Dah masak boleh toskan
Siap...
kuih bom bijan by moktih,moga bermanfaat ya..
Salam sayang daripada moktih sampai jumpa lagi di blog resepi moktih yang akan datang....π₯°
InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.
Terima kasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Ulasan