CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

KUIH TRADISIONAL KELANTAN TEPUNG BUNGKUS


KUIH TEPUNG BUNGKUS

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bersua kembali bersama moktih.
Anda suka tak kuih tradisional kelantan seperti kuih tepung bungkus ni?

Kalau ada yang suka atau tercari-cari resepi kuih tepung bungkus ni,meh sini moktih tunjuk cara macam mana nak sediakan nya.

Mula-mula sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti

Bahan-bahan
Kuih tepung bungkus

Bahan tepung

2 senduk tepung beras

2 cawan santan,sedikit gula dan garam
sedikit garam

Bahan-bahan inti kelapa

 inti kelapa

½ kelapa parut

1 cawan gula merah

1 ketul gula melaka

1 sudu gula

sedikit garam

2 helai simpulan daun pandan dan
sedikit air.

Baik setelah bahan-bahan kita dah sediakan ,jom ikut moktih tengok cara masaknya pula

Satukan 2 cawan tepung beras dan 2 cawan santan dalam kuali.

Kacau-kacau biar sebati dan larut antara santan dan tepung beras .masa ni jangan buka api lagi ya.

Apabila dah larut semua ,boleh la buka api perlahan saja,sambil kacau-kacau

Kacau perlahan-lahan jangan berhenti ya,supaya adunan tidak berketul,

Sehingga pekat ,dah jadi macam ni,sekejap je lagi boleh tutup api,

Kemudian isi adunan yang telah masak tadi ke dalam bekas

 Kemudian biarkan sejuk seketika,dah boleh sedia untuk di bungkus.

Masukan sedikit adunan tepung kemudian masukan  2 biji inti kelapa yang telah di gentel bulat-bulat macam dalam gambar tu.


Lepas tu tambahkan sedikit adunan atas inti tu supaya inti tu tertutup dengan tepung.lipat kiri dan kanan daun pisang tu kemudian lipat kebawah pula.


Sehingga terbentuk bungkusan macam dalam gambar ini.


Susun atas penggukus


Kukus dalam 20-25 minit


Dah masak boleh angkat


Sedia dihidangkan


Lembut dan sedap sangat


Nampak tak kalau digigit sedap sangat,rasa lemak manis ,lembut dan sangat sedap..

Bahan-bahan
Kuih tepung bungkus

Bahan tepung

2 senduk tepung beras
2 cawan santan
Sedikit gula 
sedikit garam

Bahan inti kelapa

bahan-bahan
½ kelapa parut
1 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 sudu gula
sedikit garam
2 helai simpulan daun pandan
sedikit air

Selamat mencuba ya..moga perkongsian moktih ni memberi ilham dan bermanfaat buat semua..


Terima kasih ❤️

Ulasan

Celoteh Cik Orkid berkata…
Terima kasih resepinya moktih
Moktih channel blog berkata…
Sama² moga bermanfaat ya
Moktih channel blog berkata…
Sama² orkidπŸ‘πŸ‘

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA