CARA BUAT PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS TIDAK MELEKAT
Assalamualaikum...
Alhamdulillah....
masih bernafas,masih diberi kesempatan, kesihatan,dan rezeki oleh Allah SWT...
Di blog kali ni Moktih nak kongsikan resepi buat puding roti tembikai yang lembut dan cair di mulut dan lemak lemak manis susu gitu,tersangat lah sedap,anda semua mesti cuba ya,kerana bahan bahannya juga cukup senang dan mudah
jom kita catit bahan bahan nya
CARA BUAT PUDING ROTI TEMBIKAI PASTI JADI DAN TIPS BEKAS TIDAK MELEKAT
4 keping roti putih
1 cawan susu cair
½ cawan gula
1 biji telur
1 penutup asen vanila
Masukan dan kisar kesemua bahan-bahan A sehingga sebati kemudian masukkan dalam kuali.
BAHAN-BAHAN B
1 paket agar-agar serbuk 10g (CLEAR)
2 ½ cawan air
Kemudian masukkan bahan B kedalam bahan A tadi,hidupkan api,kacau dengan perlahan sehingga sebati mendidih,tutupkan api kacau lagi biar wap panas keluar sampai suam.
sedikit pewarna hijau
coklat cip
Masukan adunan tersebut dalam mangkuk bahagikan 3 mangkuk
Mangkuk hijau - sedikit je adunan (pewarna hijau)
Mangkuk putih - sederhana je adunan
Mangkuk merah - paling banyak adunan (sirap ros)
Biarkan adunan sejuk kemudian masukan dalam peti ais selama ½ jam
Keluarkan kemudian hias la dengan cip coklat,
Taa....daa....dah boleh potong selamat mencuba...pasti jadi punya...ππ€©
Terima kasih daun keladi
Sampai jumpa lagi π₯°
Salam sayang daripada moktih bye sampai jumpa lagi di blog moktih yang akan datang..
Selamat mencuba ya moga bermanfaat
Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen ya .
InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.
Terima kasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Ulasan