CARA BUAT DAGING MASAK KURMA

Imej
DAGING MASAK KURMA  Assalamualaikum.... Kali ni moktih nak share cara moktih buat daging masak kurma. Jom lihat bahan - bahan nya bahan-bahan 1 kg daging 2 biji bawang merah besar 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih  2 inci halia rempah 4 sekawan 1 biji tomato 1 biji lobak merah 3 biji cili padi merah  3 keping asam keping  1 kotak santan kara kecil sedikit garam sedikit perasa sila tonton video untuk mengetahui lebih lanjut cara masak nya terima kasih ❤️ Lihat disini πŸ‘‡ tekan disini untuk lihat cara masak nya  Moga bermanfaat 

CARA BUAT KUIH BATANG BURUK GUNA KULIT POPIA DAN TIPS KULIT POPIA TIDAK MUDAH KERAS

KUIH BATANG BURUK BUAT DENGAN KULIT POPIA JE...RANGUP DAN SEDAP


Assalamualaikum....

Berjumpa lagi bersama moktih,kali ni Moktih nak kongsikan resepi KUIH BATANG BURUK 

hanya kulit popia je menjadikan kuih batang buruk sangat sedap dan ranggup sangat..

krup3...ditambah pula bahan taburan serbuk kacang hijau,susu dan gula sungguh enak sekali...

Jom kita catit bahan bahan nya yang sangat mudah dan ringkas

(bahan kulit)A
kulit popia
telur putih
straw

(bahan salutan)B
200g tepung kacang hijau
3 sudu besar gula dikisar halus
3 sudu besar susu tepung

BAHAN A
kulit popia,guna separuh je,tak kisah jenama pun

sebiji telur,ambil putih telur saja

penyedut minuman (straw)

BAHAN B
200g tepung kacang hijau 1 pek tu guna separuh je

3 sudu besar gula pasir kemudian dikisar halus

3 sudu besar susu tepung ,klu lebihkan susu lagi sedap

 BAHAN A cara buatnya

Keluarkan kulit popia dari plastik kemudian potong 2 bahagian,pisahkan carik carik kulit popia dan gulung.

Cara gulung letak straw di hujung kemudian gulung dengan lembut,gulung jangan padat biar longgar je..


Diakhir hujung tu sapu dengan putih telur untuk gam kulit popia tadi


kemudian tolak kulit popia keluar dari straw.


 gunting kan lebih kurang 1 inci


Biar kering sekejap kemudian goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan

Kemudian toskan sehingga sejuk

BAHAN B cara buatnya
sangai sekejap tepung pulut ,sejukan

masukan gula yang dikisar halus tadi

Masukan susu tepung

Taburkan diatas popia yang sudah sejuk digoreng tadi, kacau sehingga tersalut kesemuanya.

jeng..jeng...jeng....maka terhasil lah kuih batang buruk by moktih

Selamat mencuba ya...

Terima kasih kerana sudi tengok dan baca sampai habis


Selamat mencuba ya moga bermanfaat
Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen ya .

InshaAllah moktih akan jawab setiap pertanyaan sama ada cepat atau pun lambat.


Terima kasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



Salam sayang dari moktih
Bye...
Assalamualaikum..









Ulasan

Moktih channel blog berkata…
Alhamdulillah...moktih harap sudi lah anda like komen yang membina dan share blog moktih ni ya terima kasihπŸ₯°
Dahlia bungaku berkata…
Assalamualaikum moktih terima kasih shared resepi i limeπŸ₯°
Moktih channel blog berkata…
Waalaikumussalam...sama² moga bermanfaat ya

Catatan popular daripada blog ini

LEMPENG YANG SANGAT LEMBUT RUPANYA ADA 1 BAHAN NI YANG DI TAMBAH

PERIA KUKUS BERLAUK BERSAMA LEMON masak macam ni yang tak suka peria jadi suka.

CARA BUAT DAGING MASAK KURMA